Thursday, April 7, 2011

YM Raja Shamri Raja Husin , manusia paling tabah dan cekal hati yang aku kenal

assalamualaikum,

actually banyak benda yang nak diceritakan pasal abangraja ni sebenarnya . so if nak taw sebenarnya abangraja merupakan insan terpilih yang dilahirkan di Kelantan , ketika subuh pada 12 Rabiul Awwal , hari Isnin ,sama dengan kelahiran Rasulullah SAW . Beliau pernah bertanya kepada seseorang yang arif semasa berada di Turki . Menurut cerita , seseorang yang dilahirkan pada ketika dan saat yang sama seperti kelahiran Rasulullah S.A.W, maka orang itu tidak akan sempurna kerana kesempurnaan hanya milik Baginda . Namun begitu , seseorang itu tetap akan dianugerahkan kelebihan dan hikmah . btw , abangraja la yang buat iklan petronas yang pasal kaki palsu tu " jalan kedepan bukan kebelakang " . story tu pasal dia la . dia berkaki palsu , sebab dilahirkan xda kaki sebelah dan jari telunjok,jari hantu dengan jari manis bercantum . tapi abangraja p bedah jari telunjuk bagi bole buka sebab dia nak semayang dia sempurna. sebak aku dengaq . bayangkan dulu p skola dia loncat je keja . xda kaki . bayabgkan camna nak beli makanan kat kantin . :(  sedeyyy . . kalo anda semua dapat lihat wajah beliau dari dekat pon baru anda semua perasan muka beliau ada "nur" je . hensem plak tu :)



click gambaq untuk pengenalan mengenai diri beliau

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YM Raja Shamri bin Raja Husin kerana berkongsi suka - duka menempuhi liku-liku hidup , cabaran serta tohmahan masyarakat bagi menggapai impian dan kejayaan . Diharapkan agar pengalaman beliau akan dapat dimanfaatkan oleh para pelajar uitm KEDAH untuk mencapai kegemilangan di dunia dan di akhirat , insya-Allah . Kami warga di uitm KEDAH mendoakan agar beliau senantiasa berada dalam kesejahteraan dan rahmat serta lindungan Allah s.w.t semasa menjalankan aktiviti dakwah . Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat, insya Allah . Teruskan usaha dakwah anda demi Agama , Bangsa dan Negara . banyak yang aku nak kongsi sebenarnya dengan pembaca sekalian tentang apa yang abangraja dah gitau kat aku. dia dah sampai kan kat aku so molek lah kalo aku pulak sampai kan kat orang laen  .
so aku akan elaborate satu -satu okie ?  bismillahirohmannirohim  :)

 objektif program

1 . mensyukuri nikmat tuhan
2 . mencipta matlamat dan membina azam
3 . kenali kelemahan dan potensi diri
4 . berkongsi pengalaman hidup
5 . meningkatkan motivasi
6 . persediaan awal peperiksaan

manusia cemerlang // pelajar cemerlang

1 . bangun pagi semayang suboh :) 
[ cara nak bangon pagi dengan begitu bersemangat ialah dengan membaca ayat firdaus ]
2 . ada personaliti orang cemerlang
[ sbb allah jadikan manusia ni kalo cerdik nmpak cerdik kat muka tu , bodo nmpak bodo . so pandai2 la kalo nak dressing pon . jangan over :| ]
3 . kurang makan :(
[ makan sebelom lapaq , benti sebelom kenyang ]
4 . ramai kawan
[ sebab kawan yang akan tolong kita satu hari nti ]
5 . tak suka mengadu domba :D
[ apa2 jadi pon jangan suka nak mengadu , sebab dia buat kita jadi lemah ]
6 . tak mudah terkesan dengan kata - kata orang
[ apa orang kata jangan nafikan sebab dorang akan cakap lagi , cuba iakan ja , dorang mesti diam teros ] - ni perangai aku :)
7 . jangan putus asa berdoa
[ sebab abangraja pon dua tahun berdoa baru termakbul ,doa nak jumpa parents dia ]
8 . mereka orang yang sabar
[ sabar berdoa , sabar apa orang kata , sabar jela keja , tak rugi ]
9 . orang yang berdikari 
[ cuba kalo kita suka mengadu , mesti orang gtw kita macam2 , camna nak berdikarie ]
10 . sentiasa memaafkan orang laen dan senang meminta maaf bila kita buat silap
[ kan senang bila kosong - kosong balik , takdak dosa dan takyah pikir dah ]
11 . tak mudah effect dengan benda remeh - temeh
[ tak perlu nak besar2 kan benda kecik , ketok pala ! ]

hari - hari penting dan kebaekannya untuk nak cukur - mencukur , gunting - menggunting dan potong - memotong apa benda pon yang ada kat badan kita 

1 . khamis : kuar papa masok kaya
2 . jumaat : kuar dosa masok pahala
3 . isnin     : kuar penyakit masok sihat

imam syafie:

# tak kan menyesal orang yang istikarah
# tak kan rugi orang ya ng musyarawah ( bermesyuarat or berbincang )
# tak kan papa orang yang musafir

bacaan - bacaan doa yang diajar

1 . bacaan yasin se afdhal nya pada waktu pagi , bukan waktu malam jumaat . orang melayu dulu2 baca malam jumaat sebab halau keliwon je pon . sepatotnya selepas buat subuh . ALLAH Taala akan permudahkan apa yang kita lakukan sampai subuh keesokkannya.

2 . pastu pagi2 dok depan cermin doa plak " ya allah , kau telah cantekkan rupaku , kau cantekkan lah akhlak ku ya allah "

3 . malam pulak , sebelom tido baca surah al-waqiah , al-lukman , al-muluk . kalo xbole baca bagi habis satu ayat pon jadi la .

hadis RASULULLAH SAW  : 

" semulia-mulia perempuan adalah semurah-murah maharnya "

laen2 plak yang aku tau ialah macam actually mat rempit yang mati masa accident tak bole dimandi jenazahkan . kalo kita mandikan maka berdosa satu kampung dan bala nanti . sebab dorang mati sebagai bangkai sebab bunuh diri sendiri . bangkaikan kita pegang pon haram ,so sama lah dengan mat rempit mati

last but not least " kejayaan luar biasa dicipta oleh orang biasa


 bersama orang paling aku tabik gila :)

  muka suci lepas kena ceramah :D
 harap apa yang aku pos berbaloi sangat untuk orang laen :| 

4 comments:

bunga said...

alhamdulillah awien,mmg muka insaf habis la hang.haha
anyway,sya akn cuba teknik2 tu ;)

nuraeen mysara said...

bgus la.
tulis blk ap yg abg raja ceraah
awin-rajin-hapdet-belog-hari2-bkn-mcm-saya-jd-anak-dara-pun-malas. :)

syazwiena khan said...

saya kan awien
mesti la rjin

semut jalan terhegeh hegeh said...

laa abg raja ,haha ,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...